PRK DUN Pujut 4 Julai




PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Miri, Sarawak pada 20 Jun manakala hari pengundian pada 4 Julai depan sekali gus menyaksikan tempoh kempen berlangsung selama dua minggu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pi­haknya telah menerima surat pemakluman rasmi daripada Spea­ker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekoso­ngan kerusi DUN Pujut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr. Ting Tiong Choon (gambar kecil) pada 16 Mei lalu.

“SPR telah mengadakan mesyuarat khas hari ini (semalam) dan menetapkan PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang dipastikan SPR iaitu mulai 12 Mei lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi PRK tersebut di sini semalam.

Mohd. Hashim berkata, daftar pemilih yang akan digunakan pada PRK tersebut ialah Daftar Pemilih Induk 2016 yang telah dikemas kini pada 11 Mei lalu dan ia mengandungi seramai 27,078 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,070 pengundi biasa dan lapan orang pemilih tidak hadir luar negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.