Jambatan Pulau Sekati mula dibuka


PEMBUKAAN Jambatan Pulau Sekati menyediakan laluan alternatif menghubungkan Kuala Terengganu-Kuala Nerus.


KUALA TERENGGANU – Fasa pertama Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan bandar raya ini dengan Kuala Nerus mula dibuka kepada pengguna semalam.

Laluan sepanjang tiga kilometer itu menghubungkan Pulau Sekati yang berada di tengah-tengah Sungai Terengganu ke Losong dan Paloh di sini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, ia merupakan satu lagi laluan alternatif untuk orang ramai ke pusat bandar dengan perjalanan yang lebih cepat dan selesa.

Menurut beliau, pembukaan sebahagian daripada jambatan tersebut dapat memberikan kelegaan kepada pengguna terutama menjelang Aidilfitri.

“Laluan fasa kedua sepanjang tiga kilometer ke Banggol Tuan Muda dan Jeram Tok Kong, Manir di sini pula akan dibuka 19 Jun ini.

“Keseluruhan projek Jambatan Pulau Sekati sepanjang enam kilometer ini melibatkan peruntukan sebanyak RM245 juta,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.