Bahan kimia dalam syampu berbahaya untuk kanak-kanak

KAJIAN terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Columbia, New York, Amerika Syarikat mendapati, kandungan bahan kimia dalam syampu rambut tidak baik untuk kanak-kanak.

Ketua penyelidik, Pam Factor-Litvak memberitahu, kanak-kanak tidak seharusnya didedahkan dengan syampu yang mengandungi bahan kimia pada usia yang terlalu muda.

Ketika mandi, 70 peratus daripada kandungan bahan kimia yang digunakan dalam syampu akan diserap oleh kulit.

"Bahan kimia boleh menyebabkan perkembangan mental kanak-kanak terbantut selain menjadikan kandungan tiroid dalam darah mereka menjadi rendah.

"Jika dibiarkan berterusan, ia akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak," ujarnya.