Promosi Aidilftri Samsung ceriakan lebaran pengguna



Sempena Aidilfitri pada tahun ini, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) menawarkan promosi hebat bagi setiap pembelian peranti terpilih keluaran syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Pemasaran Samsung, Elaine Soh Yee Lin berkata, peranti terpilih dalam Promosi Salam Aidilfitri itu ialah Samsung Galaxy S8 dan S8+, Galaxy Note5 64GB, Galaxy C9 Pro dan Galaxy A Series (2017).

“Promosi berkenaan kini telah bermula dan akan berakhir pada 2 Julai ini. Dengan pelbagai pilihan peranti Samsung yang terlibat dalam promosi tersebut, tentunya ada sesuatu yang istimewa untuk semua pengguna,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

“Setiap pembelian peranti berkenaan akan disertakan dengan Kit Raya Percuma atau baucar membeli-belah dalam talian, ataupun tawaran rebat dengan setiap pembelian Galaxy J7 Prime atau Galaxy J5 Prime.

“Justeru, dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan tawaran eksklusif Aidilfitri bagi peranti Galaxy Samsung sempena lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan keyakinan pelanggan.

Menurut Elaine, dalam tempoh promosi tersebut, orang ramai cuma perlu membeli sebuah peranti Galaxy S8 atau Galaxy S8+ baharu bagi mendapatkan e-baucar bernilai sehingga RM400 yang boleh ditebus melalui aplikasi mySamsung untuk pembelian peranti, tablet dan aksesori jenama Samsung.


Samsung Galaxy S8 dilengkapi teknologi terkini.


“Sementara, setiap pembelian peranti Galaxy Note5 64GB, Galaxy C9 Pro dan Galaxy A Series (2017) pula disertakan dengan Kit Raya Percuma bernilai sehingga RM250 bagi menjadikan lebaran anda kali ini lebih istimewa,” katanya.

Menurut Elaine, Kit Raya Percuma tersebut mengandungi pembesar suara 3-in- 1 , kayu selfie, kad mikroSD 32GB (hanya untuk Galaxy C9 Pro dan Galaxy A Series 2017) atau USB OTG 32GB (bagi Galaxy Note5 64GB) dan kipas mini USB (jenis mikro USB).

“Bagi pembeli Galaxy Note5 64GB atau Galaxy C9 Pro, Samsung menyertakan Kit Raya Percuma bersama dengan waranti tambahan setahun bernilai sehingga RM350 bagi setiap pembelian Galaxy C9 Pro (RM2,299) atau Galaxy Note5 64GB (RM2,399).

Tambah beliau, pada bulan April lepas, Samsung turut mengumumkan rebat RM200 serta-merta bagi setiap pembelian Galaxy J7 Prime atau J5 Prime namun sempena bulan Ramadan, Samsung melanjutkan promosi tersebut juga sehingga 2 Julai ini.

“Rebutlah peluang untuk memiliki satu daripada model Galaxy J Prime dengan rebat khas ini, masing-masing pada harga RM999 (Galaxy J7 Prime) atau RM699 (Galaxy J5 Prime) selepas rebat RM200. Untuk menikmati tawaran tersebut, anda hanya perlu menukar beli sebuah peranti terpakai yang masih berfungsi,” katanya.

Untuk butiran lanjut mengenai promosi berkenaan, orang ramai boleh melayari laman web www.samsung.com/my/raya2017.

Dalam pada itu, Elaine berkata, Promosi Salam Aidilfitri juga turut melibatkan peralatan rumah elektronik Samsung seperti televisyen QLED 75”, mesin basuh Activ Dualwash, peti sejuk Twin Cooling Plus, Triangle Air Conditioner dan Samsung Soundbar Sound+ baharu sehingga 30 Jun ini.

Menurutnya, setiap pembelian televisyen QLED Samsung 75” yang berharga RM36,999 setiap satu itu, pengguna akan menerima sebuah Samsung Galaxy S8+ yang bernilai RM 3,699 secara percuma. 


Peti sejuk Twin Cooling Plus sempurnakan dapur pengguna.


“Sempurnakan lebaran kali ini juga, Samsung Curved Soundbar Sound+ baharu dilengkapkan dengan woofer binaan berharga RM 2,499. Dengan pembelian ini, pengguna juga boleh mendapatkan One Mount Kit untuk menggabungkan Soundbar Sound+ tersebut dengan televisyen anda pada harga tawaran RM49 sahaja.

“Dengan pembelian setiap mesin basuh Samsung Activ Dualwash yang bernilai RM 2,199 pula, pengguna akan menerima secara percuma Microwave Oven yang berharga RM289. Nikmati penjimatan sehingga RM200 pula bagi pembelian peti sejuk Samsung Twin Cooling Plus yang berharga RM3,599 setiap satu.

“Setiap pembelian peti sejuk Twin Cooling Plus serta Samsung Triangle Air Conditioner yang setiap satu bernilai RM1,799 itu akan disertakan dengan kotak penyimpanan makanan La Gourmet percuma,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Promosi Aidilfitri Samsung boleh didapati di laman web www.samsung.com/my/offer/raya-promotion- 2017.