Bekas i.care cara KRR jaga alam


Bekas i.care ini boleh didapati dalam lima warna iaitu merah, hijau, jingga, ungu dan biru.


RESTORAN makanan berasaskan ayam, Kenny Rogers Roaster (KRR), tampil dengan promosi terbaharu, Jom Ta-pau untuk membolehkan pelanggan membawa pulang hidangan bagi dinikmati bersama insan tersayang.

Menerusi promosi yang berakhir pada 24 Jun ini, pelanggan KRR boleh menikmati sajian Classic Choice Meal iaitu satu perempat ayam panggang bersama hidangan sampingan, kentang putar dan coleslaw pada harga RM14.90.

Bagi memudahkan pengunjung membawa pulang, hidangan itu diletakkan dalam bekas i.care yang didatangkan dalam lima warna iaitu merah, hijau, jingga, ungu dan biru.

Pengarah Jualan dan Acara Berjaya Roaster (M) Sdn. Bhd., Kennie Thong berkata, bekas i.care boleh digunakan semula oleh pelanggan setiap kali mereka membuat pembelian di KKR.

Katanya, KRR menggalakkan pelanggan membawa bekas sendiri bagi mengurangkan kadar pencemaran udara dan air daripada proses pelupusan sisa pepejal.

“Secara umum, bekas pakai buang tidak boleh dikitar semula. Ia akan berakhir di tapak pelupusan sampah atau dibakar.

“Bekas i.care ini diperbuat daripada bahan berkualiti dan dilengkapi petak khusus untuk mengisi hidangan. Ia boleh diguna berulang kali,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Tambah Kennie, pihaknya berharap promosi Jom Ta-pau itu menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagi mendapatkan tawaran lebih menyeluruh, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan dua set Jom Ta-pau yang merupakan set Classic Choice pada harga RM20.

Kedua-dua promosi itu sah setiap hari dari pukul 3 hingga 6 petang di semua restoran KRR seluruh negara. Promosi itu hanya sah untuk dibawa pulang.

Bermula pada 1 Julai sehingga 31 Disember 2017, para pelanggan boleh menggunakan bekas i.care di KRR untuk menikmati sajian Classic Choice pada harga RM10 setiap hidangan.

Maklumat lanjut mengenai promosi KRR, boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-2119 9888 atau lawati laman web, www.krr.com.my.