57 orang maut akibat kebakaran hutan di Portugal

19/06/2017 10:56am


Keadaan kebakaran hutan di Penela, Portugal.


PENELA, Portugal - Angkat kematian akibat kebakaran hutan di Portugal meningkat kepada 57 orang.

Menurut kerajaan negara itu pada Ahad, kebanyakan mangsa maut rentung di dalam kereta.

Hampir 900 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran besar yang boleh dilihat dari sekitar bandar itu.

"Malangnya, ia dilihat sebagai tragedi terbesar yang dapat dilihat melibatkan kebakaran hutan sejak beberapa tahun lalu," kata Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa.

Sekurang-kurangnya 59 orang cedera, lima dalam keadaan kritikal, termasuk seorang kanak-kanak dan empat anggota bomba.

"Angka kematian dijangka terus meningkat," kata Costa.

"Keutamaan kini adalah menyelamatkan mereka yang dalam keadaan bahaya," katanya. - AFP