Balasan rogol anak saudara


BEKAS tentera (kiri) dijatuhi hukuman penjara selama 34 tahun dan 23 sebatan atas pertuduhan merogol serta melakukan kelucahan melampau terhadap anak saudaranya di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang bekas tentera dilihat mengesat air mata selepas dijatuhi hukuman penjara selama 34 tahun dan 23 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merogol serta melakukan kelucahan melampau terhadap anak saudaranya yang berusia lapan tahun, dua tahun lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas dia didapati bersalah di akhir kes pem­belaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merogol mangsa yang ketika itu berusia lapan tahun di sebuah rumah di Kampung Redang, Bachok dekat sini pada pukul 6 petang, 30 Oktober 2015. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggalakkan mangsa iaitu seorang kanak-kanak berusia bawah 14 tahun untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau pada pukul 6 petang, 5 November 2015. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum tiga tahun dan maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.