Radzell Intensive White Radiance


NUR DYANNA dan Pengerusi Radya Beauty & Cosmetics, Suhaimi Mustafa (kanan) bersama pekerja syarikat tersebut di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.


Memilih produk kecantikan yang berkualiti tinggi dan berharga kompetitif pastinya menjadi satu cabaran kepada pengguna di negara ini berikutan wujudnya pelbagai jenama sebagai pilihan.

Pengguna yang berhadapan dengan dilema tersebut boleh menggunakan produk Radzell keluaran Radya Beauty & Cosmetics memandangkan ia menepati dua kriteria penting berkenaan.

Pengasasnya, Nor Dyanna Mohd. Noor berkata, mereka menawarkan Radzell Intensive White Radiance Set iaitu set lima dalam satu yang diformulasikan daripada ekstrak buah dan bunga kepada pengguna.

“Lima produk yang terdapat dalam set berkenaan ialah Intensive Facial Cleanser yang bersaiz 100 mililiter (ml), Intensive Astringent Toner (100ml), Intensive Day Cream yang bersaiz 30 gram (g), Intensive Brightening Serum (30ml) dan Intensive Night Repair Cream (30g).

“Mereka yang menggunakan produk kami secara konsisten boleh mendapatkan kesan seawal 14 hari, malah kulit pengguna akan berasa lembap sehingga 24 jam lamanya,” katanya.

Beliau berkata, antara kandungan yang digunakan bagi menghasilkan Radzell Intensive White Radiance Set ialah buah mulberry putih yang antara fungsinya adalah untuk menghalang pengeluaran melamin selain berperanan membantu mencerahkan kulit.

Selain itu, Nor Dyanna memberitahu, produk berkenaan turut mendapat kebaikan daripada cendawan pain (tricholuma matsutake) yang mempunyai fungsi sebagai agen antipenuaan dan melindungi kulit daripada sinar ultraungu.

“Kami juga menggunakan bunga camelia japonica yang kebiasaannya ditanam di Jepun. Ia kaya dengan sumber antioksida dan vitamin serta omega 6-fatty yang membantu mengurangkan garis halus selain melembapkan kulit pengguna.

“Turut terkandung dalam Radzell Intensive White Radiance Set ialah pegaga, chamomila recruita dan minyak biji borago officinalis,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya percaya produk tersebut boleh membantu pengguna dalam pelbagai segi, antaranya mencerah dan merawat, meratakan tona kulit wajah, membantu mengurangkan pigmentasi serta bekas jerawat dan jeragat selain mengecilkan liang pori,

“Set lima dalam satu itu sesuai digunakan ke atas semua jenis permukaan kulit iaitu yang kering, berminyak atau sensitif. Ia boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat daripada remaja sehinggalah ke warga emas,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa produk keluarannya itu bebas daripada bahan berbahaya seperti paraben, alkohol dan pewarna.

Bukan itu sahaja, beliau memberitahu, produk Radzell dihasilkan di kilang yang diiktiraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan berdaftar di bawah Kumpulan Industri Kosmetik dan Dandanan Diri Malaysia (FMM-MCTIG).

“Radzell Intensive White Radiance Set kini dijual pada harga pengenalan iaitu RM195. Maklumat lanjut mengenai produk tersebut boleh didapati di laman web www.radzell.com.my atau dengan menghubungi talian 011-1002 8582,” katanya.