Amer Awal dilantik Pesuruhjaya Polis baharu Sarawak

17/07/2017 12:15pm


Mazlan (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Amer di IPK Sarawak hari ini.


KUCHING - Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am) Bukit Aman, Datuk Amer Awal dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang kini menjadi Ketua Polis Selangor bermula 7 Julai lalu.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini sebentar tadi. - K! ONLINE