Virus rabies ragut nyawa mangsa keempat di Sarawak

17/07/2017 5:25pm


Petugas hospital membawa mayat mangsa ke Rumah Mayat HUS, Kuching sebentar tadi.


KUCHING - Jumlah kematian akibat jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak bertambah kepada empat orang selepas seorang lagi kanak-kanak yang disahkan positif dijangkiti virus berbahaya itu meninggal dunia hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS) pada pukul 2.05 petang.

"Mayat kanak-kanak malang berkenaan akan dibawa ke Kampung Ampungan, Serian untuk urusan pengebumian," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini sebentar tadi. - K! ONLINE