Kerajaan negeri tubuh pasukan khas


ISMAIL SABRI (duduk, tengah) bergambar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli ke-15 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mencadangkan agar semua kerajaan negeri mewujudkan pasukan petugas khas bagi memantau kes-kes melibatkan pertikaian tanah Orang Asli.

Menterinya berkata, langkah itu boleh membantu kerajaan negeri dalam mempercepatkan proses kelulusan permohonan pewartaan tanah rizab Orang Asli.

“Daripada keseluruhan 134,513 hektar tanah rizab (Orang Asli), hanya 33,692 hektar telah diukur dan diwartakan setakat ini.

“Selebihnya masih dalam proses pengukuran. Jadi kita mohon kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk mempercepatkan kelulusan permohonan pewartaan tanah rizab itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyua­rat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli ke-15 di sini semalam.

Beliau berkata, bagi pihak KKLW, kerja-kerja pengukuran tanah rizab Orang Asli yang dijalankan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan selesai pada September ini.

Mengenai pembangunan infrastruktur asas di perkampungan Orang Asli, beliau berkata, sehingga kini sebanyak 85.5 peratus projek jalan raya siap dibina melibatkan 729 daripada 853 buah kampung berdaftar.

Tambahnya, sebanyak 686 kampung Orang Asli telah mendapat bekalan elektrik manakala 693 kampung menikmati bekalan air terawat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.