SSM dapat pengiktirafan MBOR




KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai agensi kerajaan pertama melaksanakan perkhidmatan salinan diakui sah secara digital (digital CTC) di negara ini.

Digital CTC merupakan transformasi perkhidmatan pengesahan dokumen secara manual kepada digital melalui gabungan teknologi pengimejan dokumen berkanun, tanda tangan digital, ‘date time stamping’ dan kod ‘Quick Response’ (QR) dengan ciri-ciri keselamatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kementeriannya sangat bangga dengan pencapaian SSM kerana menjadi agensi pertama yang melaksanakan digital CTC di negara ini sejak Februari lalu.

“Ia berjaya membuka mata banyak pihak sekali gus membuktikan agensi kerajaan mampu melakukan sesuatu yang kreatif dan inovatif,” katanya kepada pemberita pada majlis Salam Mesra Aidilfitri SSM di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.