Ramai tanya bila Afifah nak buka mulut

AFIFAH


WALAUPUN kes antara penyanyi Alif Aziz yang didakwa mengasari isterinya, Bella Astillah sudah selesai, sampai sekarang masih lagi ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya pelakon Afifah Nasir iaitu individu yang dikatakan berkaraoke bersama Alif.

Bukan apa, sejak insiden itu, Afifah terus mengunci mulut. Lebih-lebih lagi apabila Alif dalam satu sidang akhbar secara terbuka mengaku bahawa apa yang terjadi tiada kaitan dengan urusan kerja seperti yang didakwa Afifah sebelum ini.

Bukan itu sahaja, pihak produksi pun menafikan perkara itu. Jadi, secara tidak langsung, jelas pertemuan itu hanyalah berbentuk peribadi.

Bahkan, kakak Afifah, Anzalna Nasir juga sudah membuat pengakuan maaf secara terbuka kerana keterlanjuran katanya kepada Bella. Cuma, hingga sekarang Diva lihat ramai yang tertanya-tanya kenapa Afifah yang merupakan watak utama dalam konflik tersebut masih diam membisu.

Ruangan komen di Instagramnya pun masih ditutup kepada umum. Tiada sebarang perkongsian gambar baharu yang dimuat naik pelakon tersebut. Tak mengapalah, berilah Afifah ruang masa. Kita sendiri tidak tahu apa yang sedang dilaluinya kini.

Apa yang Diva dengar katanya, keadaan kesihatan Afifah tidak begitu mengizinkan. Diva tak pasti secara terperinci mengenai hal tersebut. Cumanya, Diva harap Afifah segera sembuh ya. Lupakan yang keruh, ambil yang jernih, tak begitu?

Diva: Konsert Datuk Sheila Majid malam tadi benar-benar memukau penonton. Siapa yang beli tiket harga RM888 itu memang berbaloi.