Makanan segera punca nafas berbau


MINYAK dalam makanan segera bertindak balas dengan enzim pencernaan dan menyebabkan bau mulut. – Gambar hiasan


PENGAMBILAN makanan segera bukan sahaja boleh menggemukkan malah kajian terbaharu mendapati, ia juga menyumbang kepada masalah nafas berbau.

Kajian di Korea mendapati, mengambil makanan segera sekurang-kurangnya tiga kali seminggu berisiko hingga 15 peratus untukmengalami masalah nafas berbau atau halitosis.

Ini kerana, makanan seperti burger dan kentang goreng mengandungi banyak minyak yang menjadi penyumbang utama kepada bau mulut.

Salah seorang penyelidik, Tripti Meysman berkata, minyak yang melekat pada gigi dan mulut menyebabkan reaksi berantai dalam tubuh dan mengeluarkan aroma tidak sedap menerusi mulut.

“Minyak dalam makanan segera bertindak balas dengan enzim pencernaan, menyebabkan bau mulut. Ia juga mampu meningkatkan tahap keasidan dalam usus yang menjadi punca gastrik,” katanya.

Selain makanan berminyak, pengambilan makanan tinggi gula seperti minuman berkarbonat juga memiliki kecenderungan untuk menghadapi masalah halitosis hingga 19 peratus.