Karpet kusam kembali bersinar

Karpet kembali cantik selepas dicuci menggunakan Cleaner Quick & Easy.


MEMPUNYAI anak-anak kecil agak mencabar bagi ibu bapa kerana pada fasa itu mereka ingin mencuba pelbagai perkara dan bergerak dengan sangat aktif sehingga sukar dikawal.

Justeru, ia turut mendorong kanak-kanak itu untuk menconteng apa sahaja barangan yang menarik perhatian mereka.

Apatah lagi tompokan sisa kotoran makanan di karpet yang ditinggalkan oleh mereka membuatkan si ibu pening kepala untuk membersihkannya.

Sehubungan itu, Roshafiza Abdul Rahman, 37, memperkenalkan produk pembersih yang wajib ada di setiap kediaman iaitu Cleaner Quick & Easy.

Ujar Roshafiza, selain keluarga beranak kecil, mereka yang ingin rumah kelihatan bersih dan cantik juga patut memiliki produk tersebut.

“Ramai orang buntu untuk membersihkan fabrik perabot di kediaman agar kembali cantik tetapi ingin mendapatkan khidmat pembersih profesional pula bimbang menelan kos tinggi.

“Bertitik tolak daripada itu, saya memperkenalkan Cleaner Quick & Easy yang merupakan pembersih pelbagai jenis kotoran fabrik, kulit, karpet, kusyen kenderaan, beg tangan, kereta sorong bayi, tempat duduk bayi dan kasut.

“Produk ini adalah penyelesaian mudah dan segera tanpa perlu berbelanja besar,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Kelebihan

Kelebihan utama Cleaner Quick & Easy ialah ia sangat praktikal digunakan. Hanya perlu disembur pada kotoran dan kemudian dilap dengan kain basah sehingga hilang.

Tanpa perlu bersusah payah, kaedah pembersihan yang ringkas ini sangat mudah, pantas dan menjimatkan masa.

Menurut Roshafiza, tercetusnya idea untuk mengeluarkan Cleaner Quick & Easy ekoran daripada perkhidmatan cucian fabrik dan kulit yang diusahakannya melalui penubuhan syarikat Carseat Clean Expert sejak tahun 2015.

“Ketika menjalankan servis cucian fabrik dan kulit ke rumah para pelanggan, ramai meminta kami mengeluarkan produk pembersih yang dapat memudahkan tugas mereka. Apatah lagi, mereka sering berhadapan masalah tumpahan atau kotoran kecil yang dilakukan oleh anak-anak.

“Berbekalkan permintaan tersebut, kami membotolkan produk pembersih yang diperbuat daripada bahan kurang buih untuk kegunaan di kediaman. Cleaner Quick & Easy ini dapat membantu pengguna untuk membersihkan pelbagai kotoran fabrik dan kulit yang tidak dapat dibersihkan dengan sabun.

“Contohnya, makanan tertumpah dan mengotorkan sebahagian kecil karpet sahaja. Menggunakan Cleaner Quick & Easy, mereka tidak perlu bersusah payah menghantar karpet ke kedai. Cuma sembur dan lap menggunakan kain basah, ia akan menyelesaikan masalah,” jelasnya.

Produk tersebut bukan sahaja membersihkan kotoran tetapi ia boleh digunakan pada sofa, kusyen kereta atau tilam untuk pembersihan lapuk agar kelihatan seakan-akan baru baharu.

Dalam pada itu, Roshafiza masih menawarkan perkhidmatan pembersihan terus ke rumah pelanggan menerusi syarikat Carseat Clean Expert.

Pasukan terlatih

Perkhidmatan itu dilakukan oleh pasukan terlatih menggunakan Cleaner Quick & Easy dengan bantuan mesin khusus berteknologi tinggi bagi membantu pengguna menyelesaikan masalah kotoran berat dan lama pada kusyen kenderaan, karpet, tilam, sofa dan pelbagai jenis fabrik.

Terdapat 35 francais terlatih di seluruh Malaysia yang bersedia memberi perkhidmatan percucian terbaik demi kepuasan pelanggan.

Cleaner Quick & Easy mula dipasarkan pada 19 Februari dan dijual pada harga RM49 untuk botol 500 mililieter (ml). Ia boleh didapati secara online di Facebook rasmi Cleaner Quick & Easy Malaysia dan Cleaner Quick & Easy HQ atau stokis yang dilantik.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembersihan ini pelanggan boleh melayari laman web di www.carseatcleanexpert.com.my atau Facebook, CarseatCleanExpertMalaysia.