Bedak berpigmentasi tinggi buatan Korea



BEDAK asas sering dijadikan bahan utama bagi menutupi kekurangan pada wajah, namun apabila ia dibersihkan, wajah pasti akan kembali kusam dan masalah kulit kembali menghantui.

Kombinasi faktor kerosakan radikal bebas, penurunan kadar penghasilan hormon dan perubahan lain yang berkait rapat dengan penuaan mengakibatkan masalah pada kulit muka, kedut dan garis halus.

Menyedari keadaan tersebut, syarikat pengeluar dan pengedar bumiputera, Alysa Angel Beauty tampil dengan bedak gebu tersendiri, Alysa x Shazreeyana Shukri Cotton Angel Powder yang pernah menjadi tular di laman sosial.

Duta dan jurucakapnya, Shazreeyana Shukri berkata, Cotton Angel Powder merupakan bedak tabur ringan dan halus berkualiti tinggi buatan Korea yang dijual pada harga mampu milik dan berkualiti tinggi bertaraf antarabangsa.

“Bedak gebu ini setanding dengan jenama yang dipasarkan di gedung-gedung produk popular seperti Sephora dan Sasa.

Bedak unik ini ternyata berperanan membantu menyerap minyak dan menjadikan solekan tahan lebih daripada 12 jam sehari.

“Paling istimewa, Cotton Angel Powder adalah menggunakan formula talkum bebas dan merupakan bedak diperbuat daripada serbuk mineral mica yang bukan sahaja baik untuk semua jenis kulit, malah membantu bertindak menutupi liang-liang pori dan kedutan akibat penuaan yang berlaku,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Tambahnya, bedak gebu tersebut juga sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa termasuk golongan lelaki.

Jelas Shazreeyana lagi, Cotton Angel Powder dirumus khas menggunakan teknologi terkini dari negara Korea yang mana ia dihasilkan menggunakan bahan terpilih yang kaya dengan khasiat untuk kulit selain bebas daripada kandungan bahan kimia dan pewarna terlarang.


SHAZREEYANA bersama produk Cotton Angel Powder yang pernah menjadi tular di laman sosial.


“Sesuai untuk semua warna dan jenis kulit, ia akan memberikan kemasan yang sempurna pada kulit anda daripada ton warna cerah, sederhana dan juga gelap.

“Tidak kira apa juga situasi kulit anda termasuk yang mempunyai tona warna tidak sekata atau pigmentasi, jerawat mahupun jeragat, ia akan hilang dengan bedak gebu unik yang kami hasilkan ini,” ujarnya yang menyatakan untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, sapukan bedak ini di seluruh wajah dan leher mengikut kehendak masing-masing.

Menariknya tentang bedak gebu berpigmentasi tinggi tersebut, ia hanya dijual pada harga serendah RM68 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta boleh digunakan kira-kira dua hingga tiga bulan mengikut cara penggunaan seseorang.

Terang Shazreeyana, bedak gebu keluarannya dijamin tidak memberikan apa-apa kesan sampingan selain telah menjalani penyelidikan dan pembangunan (R&D) di makmal selama lebih daripada setahun sebelum mula dipasarkan pada Oktober tahun lalu bagi memastikan kualiti yang dihasilkan benar-benar bermutu tinggi serta sesuai digunakan.

Pengguna juga tidak perlu was-was dan bimbang untuk menggunakan produk keluaran Alysa x Shazreeyana Shukri kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) di Korea dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga kini, syarikatnya mempunyai lebih daripada 100 ejen di seluruh negara dan bakal bertambah hujung tahun ini. Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi 010-2883 465.