KAYM dinobat juara Festival Teater Melaka 2017


ANGGOTA Kelab Teater Smart KAYM bergambar kenangan selepas dinobatkan sebagai juara Festival Teater Melaka 2017 di Melaka baru-baru ini.


BANGGA. Kelab Teater Smart Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dinobatkan sebagai juara Festival Teater Melaka 2017 yang berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka, Air Keroh, Melaka baru-baru ini.

Naskhah bertajuk Warga S yang dipersembahkan kumpulan itu turut memenangi kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Harapan dan Sinografi Terbaik.