100 bekas pelajar SMK Sultan Muzafar Shah 1 berkumpul


BEKAS pelajar SMK Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan, Perak tahun 1983 bergambar kenangan pada majlis perjumpaan di dewan sekolah berkenaan baru-baru ini.


ERAT. Seramai 100 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan, Perak tahun 1983 berkumpul pada majlis perjumpaan di dewan sekolah berkenaan baru-baru ini.

Menurut salah seorang penganjur, Amiruddin Muhamad Salim, perjumpaan yang telah memasuki tahun kedua tersebut merupakan salah satu usaha memastikan ikatan persahabatan bekas pelajar sekolah itu terus berkekalan.