Anil Kapoor kena rehat 6 minggu


ANIL


AKTOR Anil Kapoor perlu berehat daripada sebarang aktiviti selama enam minggu bagi membolehkan keadaan kakinya yang dilaporkan mengalami masalah keradangan sembuh.

Pelakon berusia 61 tahun itu memberitahu, doktor memberi amaran kepadanya agar tidak melakukan sebarang gerakan atau kerja berat yang boleh memberi tekanan kepada kakinya.

“Saya tidak boleh menari macam biasa lagi. Kena perlu berehat sahaja untuk enam minggu. Jika tidak, mungkin kaki saya akan kekal sakit,” katanya seperti yang dilapor portal Masala.com.

Anil mendapatkan rawatan menerima rawatan di Jerman daripada doktor pakar terkenal Dr. Hans-Wilhelm Muller-Wohlfahrt bagi mengubati penyakit knee bursitis dialaminya iaitu sejenis keradangan lutut.