Najib sertai 10,000 umat Islam berdoa untuk Malaysia


NAJIB bersama menteri-menteri Kabinet menyertai kira-kira 10,000 umat Islam pada program Doa Untuk Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Dataran Putra, Putrajaya malam tadi.


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai lebih 10,000 umat Islam berkumpul pada program ‘Doa Untuk Malaysia’ sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Dataran Putra di sini malam tadi.

Orang ramai tidak berganjak dari dataran itu meskipun hujan renyai sejak pukul 7 malam.

Perdana Menteri yang berbaju Melayu coklat muda, berseluar hitam serta bersongkok tiba pada pukul 8.40 malam dan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.