Wanita maut selepas motosikal bergesel dengan kereta

13/08/2017 11:26am


Mangsa maut ditempat kejadian.


KLUANG - Seorang wanita maut selepas motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta Proton Iswara sebelum terjatuh dalam satu kemalangan di Kilometer 5.5, Jalan Kluang-Teck Wah Hing di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa, S. Telaga, 26, meninggal dunia si tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Bandar Kluang menuju ke Simpang Renggam.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, datang sebuah motokar yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari arah belakang sebelum bergesel dengan motosikal mangsa.

"Mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah pada kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata, pemandu kereta Proton Iswara bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE