Laluan Pos Blau-Lojing ditutup

13/08/2017 9:51pm


Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan Jalan Gua Musang - Lojing berhampiran Pos Blau di sini ditutup kepada semua kenderaan.


GUA MUSANG - Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan Jalan Gua Musang - Lojing berhampiran Pos Blau di sini ditutup kepada semua kenderaan.

Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata, kejadian banjir kilat itu dikesan pada pukul 6.30 petang tadi akibat limpahan air sungai Brooke di kawasan berhampiran.

Katanya, panjang kawasan terlibat ialah 500 meter dengan kedalaman air setinggi 3 meter.

"Ketika ini laluan di FT185, masih lagi belum surut menyebabkan puluhan kenderaan masih lagi terperangkap.

"Kami berharap pengguna jalan raya berhati-hati dan tidak membahayakan diri dengan melintasi limpahan air sungai itu," katanya. - K! ONLINE