Terus sokong projek PR1MA


Najib (kanan) melihat model Perumahan Rakyat Ampar Tenang di Dengkil semalam. Turut kelihatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (tengah).


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinannya akan terus memberi sokongan kepada projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi mencapai visi membentuk komuniti berkua­liti.

Katanya, idea penubuhan PR1MA bukan sekadar untuk membina rumah, tetapi juga rumah yang dimiliki rakyat itu berkualiti dan dibina dalam komuniti berkualiti pada harga lebih rendah daripada pasaran.

“Sebagai contoh, projek PR1MA di Kuala Ketil, Kedah, bernilai RM235,000 seunit sedangkan harga rumah yang kurang berkualiti di seberang jalan RM295,000. Beza RM60,000.

“Ini contoh terbaik kejayaan PR1MA. Ramai yang mampu miliki rumah kerana projek PR1MA,” katanya pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama Rakan Bumiputera PR1MA di Pusat Konvensyen Putrajaya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.