Kemelut rumah tangga Bade-Erma


GAMBAR Bade bersama isteri keduanya, Aida serta dua anak mereka.


KUALA LUMPUR – Selepas tidak jadi bercerai pada tahun 2015, pengarah tersohor, Badaruddin Azmi atau Bade dikatakan bakal memfailkan perceraian terhadap isterinya, Erma Fatima (gambar kecil) pada hari ini.

Satu sumber memberitahu, pengarah filem KL Menjerit itu akan memfailkan perceraian dengan isteri pertamanya yang juga merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit terkenal di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Bade, 51, yang dihubungi semalam meminta Kosmo! supaya menunggu sebarang keputusan mengenai perkara tersebut pada hari ini.

“Sila tunggu esok,” ujar pengarah filem Castello itu ringkas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.