NCER nikmati cukai istimewa


NAJIB (tiga dari kanan) melihat model pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016-2025 di Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan insentif cukai istimewa untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi melonjakkan pelaburan di wilayah berkenaan.

Beliau berkata, insentif itu khusus untuk syarikat-syarikat yang melibatkan diri dalam bidang-bidang utama wilayah utara seperti pembuatan, pertanian, industri bio dan perkhidmatan.

Katanya, setiap negeri di wilayah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri yang jika digabung akan membawa kemajuan lebih pesat dan teratur kepada semua warga NCER.

"Dengan dedikasi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan kerjasama erat agensi-agensi peringkat Persekutuan, negeri dan swasta, saya yakin bahawa visi untuk menjadikan NCER sebagai destinasi bertaraf dunia akan menjadi kenyataan, katanya berucap pada majlis pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan NCER (Blueprint 2.0) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.