Lagi budak maut disengat tebuan


PEGAWAI perubatan memberikan rawatan kecemasan kepada Aisya (gambar kecil) ketika berada di dalam ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kelmarin.


BESUT Selepas sembilan hari dua beradik maut akibat disengat tebuan di Kampung Batu Tiong, Dungun, seorang lagi budak perempuan maut angkara serangan serangga berbisa itu di Kampung Lay Out, Tok Has dekat sini semalam.

Mangsa Puteri Nur Aisya Azahar, 8, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pukul 4.30 pagi selepas hampir 16 jam bertarung nyawa.

Ibu mangsa, Rubiyah Ismail, 45, menceritakan, anaknya yang juga murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Benting Lintang di sini diserang tebuan sewaktu bermain di sebuah premis kedai makan kosong berhampiran rumahnya pada pukul 12.45 tengah hari kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.