Kembara kerjaya zon selatan


ORANG ramai boleh melihat pameran dan menghadiri temu duga terbuka yang diadakan pada program ini. Gambar hiasan


PROGRAM Kembara Kerjaya Train Ride 2.0 bagi zon selatan anjuran Kementerian Sumber Manusia akan bermula dari stesen kereta api Kuala Lumpur ke stesen kereta api Seremban (Negeri Sembilan), Kluang (Johor) sebelum berakhir di stesen Pulau Sebang, Melaka.

Di Seremban, karnival pekerjaan akan diadakan di pusat beli-belah Seremban Prima pada hari ini manakala Kompleks Dewan Pekan Rabu, Kluang, Johor (Sabtu) dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (Create) Alor Gajah, Melaka (Ahad).

Pameran daripada agensi di bawah kementerian turut diadakan pada karnival itu.

Selain itu, terdapat juga karnival kerjaya, nasihat perundangan, perburuhan, klinik kerjaya, pendaftaran portal JobsMalaysia, pendaftaran Rakan JobsMalaysia dan demo pameran agensi kerajaan.