Anggota polis D7 Bukit Aman maut ditembak

19/08/2017 9:41am


Mangsa, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail maut dengan sekurang-kurangnya empat das tembakan pada bahagian belakang badan.


ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Bukit Aman maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Napoh di Changlun dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, maut dengan sekurang-kurangnya empat das tembakan pada bahagian belakang badan.

Kejadian tembakan itu dikatakan berlaku ketika mangsa sedang berbual dengan seorang rakannya di pekarangan rumah tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat. - K! ONLINE