Lima sahabat termasuk dua remaja bawah umur mengaku bersalah culik kanak-kanak lelaki dipenjara



22/08/2017 10:57pm


Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan melarikan dan mengurung seorang kanak-kanak lelaki.






SHAH ALAM - Lima sahabat dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga lima tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan melarikan dan mengurung seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, dua tahun lalu.



Hakim Datuk Ghazali Cha memerintahkan tertuduh Mohammad Fairderus Suhaini, 29, dan Nashamizie Shahidan, 22, menjalani hukuman penjara masing-masing lima dan empat tahun atas kesalahan tersebut.



Seorang lagi tertuduh Muhammad Norhafizie Abdullah, 21, dan dua remaja lelaki bawah umur dijatuhi hukuman penjara 42 bulan.

 Semua hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 31 Januari 2015.



Mengikut pertuduhan pilihan, mereka bersama-sama telah melarikan mangsa berusia lima tahun dengan maksud untuk menyebatkan kurungan sulit dan salah terhadap kanak-kanak tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Lorong Samarinda 30A, Taman Maznah Klang kira-kira pukul 2 pagi, 22 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

 - K! ONLINE