Hafiz akui tidak sentuh Joy


HAFIZ pada hari pertunangannya dengan Joy di The Venue di Shah Alam, Selangor 22 Mac lalu. Turut kelihatan anak Joy, Rayyan Firdaus hasil perkongsian hidup dengan suami pertama peniaga itu.


Petaling Jaya Penyanyi lagu kerohanian dan komposer, Hafiz Hamidun menafikan pernah menjalin sebarang hubungan kelamin dengan Siti Arifah Mohd. Amin atau Joy Revfa sejak mendirikan rumah tangga dengan wanita itu pada 1 Mei lalu.

Penyanyi dan komposer yang popular menerusi album Zikir Terapi itu berkata, mereka tidak pernah duduk sebumbung sejak hari pertama perkahwinan seperti yang didakwa oleh Joy sebelum ini.

"Sebaik sahaja Joy gagal mengemukakan surat cerai selepas kami bernikah seperti yang dijanjikan, saya mengambil pendekatan untuk menjarakkan diri agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

"Andai saya dikatakan lelaki songsang atau apa-apa sahaja tuduhan mengenai saya, maka Joy perlu buktikan semua itu di mahkamah," katanya pada sidang akhbar yang berlangsung di pejabat Arteffects, Neo Damansara semalam.

Komposer lagu Mikraj Cinta itu juga menegaskan, dia meneruskan hasrat menikahi Joy selepas pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pengakuan perceraian serta aku janji yang dibuat wanita itu sewaktu majlis pernikahan berlangsung.

Bagaimanapun, selepas tiga bulan berkahwin, Joy gagal memberi dokumen perakuan cerai dia bersama bekas suaminya, Datuk Mohd. Rayos Abdul Rahim.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.