Projek tanam gaharu tergendala


TENGKU RAZALEIGH (kiri) menyampaikan replika cek kepada wakil PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Terah, Gua Musang semalam.


GUA MUSANG Keengganan Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan permohonan tanah seluas 161 hektar menyebabkan projek tanaman gaharu untuk masyarakat Orang Asli di daerah ini masih gagal dilaksanakan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, peruntukan awal sebanyak RM5 juta bagi projek itu sudah lama diluluskan Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Namun beliau berkata, sehingga kini pihak kerajaan masih lagi menunggu kelulusan tanah yang melibatkan dua kawasan iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Galas.

"Projek tanaman gaharu ini untuk penduduk Orang Asli menjana pendapatan berterusan. Bagaimanapun, sehingga kini, kerajaan negeri masih belum meluluskan permohonan tanah yang kita kemukakan.

"Surat yang kita hantar juga belum dijawab sehingga kini. Saya tidak tahu mengapa kerajaan negeri tidak menghiraukan masyarakat Orang Asli sedangkan mereka adalah rakyat kita," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Terah di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.