Logo baharu 1Malaysia Negaraku


Najib bersama Zahid dan Salleh mempamerkan logo baharu ikon 1Malaysia Negaraku pada majlis pelancarannya di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan ikon baharu 1Malaysia Negaraku yang melambangkan perpaduan negara bagi memberi peluang kepada rakyat menunjukkan taat setia seiring sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60.

Bagi tujuan penjenamaan semula reka bentuk tersebut dihasilkan dengan menggabungkan ikon 1Malaysia dan Negaraku apabila angka 1 dililit bendera Jalur Gemilang.

Menurut Najib, penjenamaan baharu itu bertujuan mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat antara dua konsep berkenaan yang dilihat sama penting dalam menyemarakkan semangat cintakan negara.

“Konsep dan inisiatif 1Malaysia dilancarkan pada 27 Jun 2009 dan telah diterima sebagai satu pendekatan, falsafah dan konsep yang membawa pengertian mendalam kepada rakyat. Baru-baru ini kita melancarkan inisiatif Negaraku yang mendapat sambutan amat baik sehingga sudah menjadi begitu spontan apabila menyebut Negaraku, rakyat akan membalas Malaysia.

“Jadi untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat maka kita bersetuju untuk menggabungkan kedua-duanya dalam satu simbol satu ikon negara, supaya kita tidak hentikan 1Malaysia dan tidak memberi tumpuan kepada Negaraku seolah-olah 1Malaysia tidak wujud dan ada konsep baharu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ikon 1Malaysia Negaraku di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.