Panda bakal mengawan lagi


LIANG LIANG (kanan) dan anaknya Nuan Nuan menikmati kek yang dihasilkan daripada rebung buluh ketika diraikan pada sambut hari lahir yang ke-11 dan dua tahun di Zoo Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Zoo Negara tidak menolak kemungkinan untuk mengawankan pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang buat kali kedua selepas anak haiwan itu Nuan Nuan pulang ke China.

Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara, Dr. Mat Naim Ramli berkata, usaha tersebut bergantung kepada keinginan pasangan panda gergasi itu ketika tempoh kesuburan antara April hingga Mei.

“Oleh kerana pasangan panda hanya akan melalui proses mengawan sekali sahaja dalam setahun iaitu dari April hingga Mei, kami perlu memantau gerak-geri pasa­ngan itu terlebih dulu sebelum di­letakkan sekali dalam satu sangkar.

“Sekiranya berjaya dan anak kedua mereka dilahirkan, anak panda tersebut akan melalui proses yang sama seperti Nuan Nuan untuk dihantar pulang ke China selepas umurnya genap dua tahun,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Jadi ke-11 Pasangan Panda Gergasi itu dan Dua Tahun Nuan Nuan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.