Tindakan berani bawa maut


MAYAT mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat.


KUCHING – Tindakan nekad seorang peguam meredah api untuk menyelamatkan beberapa dokumen penting ketika kediamannya di tingkat tiga sebuah bangunan kedai di Jalan Ang Cheng Ho di sini terbakar tidak kesampaian apabila dia ditemui rentung dalam kejadian malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa, Kiong Chiew [email protected] Chiu Huat, 66, dan masih bujang ditemui dalam keadaan terlentang di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

Difahamkan, mangsa tinggal bersendirian di kediamannya yang terletak di tingkat tiga manakala tingkat satu dan dua bangunan tersebut menempatkan firma guaman miliknya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di luar atas urusan peri­badi sebelum bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai kebakaran itu.

Menurutnya, seorang saksi yang juga jiran mangsa dikatakan cuba menghalang dan menarik lelaki itu agar tidak naik ke tingkat tiga premis terbabit, namun peguam itu nekad untuk memadam api dan menyelamatkan beberapa dokumen penting miliknya.

“Bagaimanapun, mangsa gagal keluar dari kediaman itu dan dipercayai terperangkap akibat asap tebal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.