Senaman intensif cerdaskan otak kanak-kanak


SENAMAN intensif biarpun sekejap menjadikan otak kanak-kanak lebih cerdik. – Gambar hiasan


KAJIAN terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Auckland, New Zealand mendapati, senaman intensif mampu meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak.

Senaman intensif biarpun dibuat dalam tempoh singkat nyata menjadikan otak kanak-kanak lebih cerdas dan mampu fokus lebih baik.

Ketua penyelidik, Dr. David Moreau berkata, senaman intensif biarpun sekejap ternyata mampu meningkatkan tahap kognitif kanak-kanak berbanding senaman biasa yang dibuat dalam tempoh yang panjang.

“Senaman intensif mampu meningkatkan daya pemahaman dan kemahiran intelektual kanak-kanak.

“Oleh itu, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak supaya kerap bermain di luar dan bukan hanya duduk di hadapan komputer atau permainan video,” ujarnya.