Buang lebihan angin dengan Jus Khasiat Lega



MEMILIKI tahap kesihatan yang optimum sudah tentu menjadi keinginan dan impian setiap insan tidak mengira peringkat umur.

Namun, ramai antara kita tidak menyedari pola pemakanan yang diamalkan pada masa kini tidak begitu berkhasiat sehingga menjurus kepada masalah kesihatan serius.

Tanpa disedari, nutrien yang terkandung semakin susut dan tidak lagi berkhasiat. Justeru, pengambilan makanan tambahan atau suplemen kesihatan sangat diperlukan bagi mengimbangi semula gaya pemakanan yang tidak sihat itu.

Syarikat pengeluar dan pengedar produk kesihatan terkemuka, V’Asia menawarkan satu formula khas pemakanan tambahan yang sesuai diamalkan oleh semua lapisan dan peringkat umur.

Pengasasnya, Datuk Azril Mohd. Radzi berkata, Jus Khasiat Lega merupakan minuman tinggi antioksidan yang diformulasi daripada lima jenis bahan semula jadi dan herba terbaik dunia.

“Mengandungi kesemua khasiat dan nutrisi yang lengkap, ia memberi kesan baik yang berganda untuk kesihatan berpanjangan.

“Jus yang sesuai diamalkan seisi keluarga tersebut diperkaya dengan bahan terpilih seperti bawang putih, halia, cuka epal, jus lemon, cekur dan madu yang baik untuk pencernaan dan proses sendawa manusia,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurutnya, formulasi jus itu turut diperkaya dengan penemuan ramuan terkini seperti durian belanda, belalai gajah, tunjuk langit dan daun rerama yang sememangnya baik untuk kesihatan.

Mengandungi kandungan yang berkualiti tinggi, ia berkesan dan dijamin selamat untuk diamalkan kerana telah mendapat pengkelasan makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya terpanggil untuk menghasilkan Jus Khasiat Lega ini kerana manfaat yang terkandung di dalamnya memandangkan formulasi bahan-bahannya yang diakui ramai dapat membantu kesihatan secara menyeluruh.

“Halia yang merupakan salah satu daripada bahan utama dalam penghasilan jus tersebut sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah ketidakselesaan perut selain membantu proses pembuangan angin,” katanya.


BAWANG putih kaya dengan sumber antioksidan.


Dijual pada harga RM55 bagi Semenanjung Malaysia dan RM60 bagi Sabah dan Sarawak, pengguna perlu mengambil dua kali sehari pada sebelah pagi dan malam untuk kesan yang optimum.

Dalam pada itu, V’Asia turut menawarkan satu lagi jus terbaik yang mendapat permintaan tinggi di pasaran iaitu Platinum Drink.

Platinum Drink mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ia diadun dengan sembilan ramuan utama berserta 46 buah dan herba terbaik dunia yang dapat membantu meningkatkan kesihatan seseorang.

“Selain sesuai untuk dinikmati oleh semua golongan termasuk kanak-kanak, minuman itu juga boleh diambil oleh golongan wanita ketika mengandung menyusukan bayi.

“Minuman penuh khasiat tersebut diadun bersama mengkudu, beri acai, beri goji, lingzhi, prun, madu, habbatus sauda, temulawak, akar ginseng, minyak zaitun dan pelbagai lagi ramuan semula jadi terbaik dunia,” katanya.

Didatangkan dalam kuantiti 500 mililiter sebotol, Platinum Drink disarankan untuk diambil dua kali sehari pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Azril memberitahu, Platinum Drink juga amat baik untuk diamalkan warga emas bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan pengguna.

Ditawarkan pada harga RM90 di Semenanjung Malaysia dan RM95 bagi Sabah dan Sarawak, ia mampu bertahan selama dua hingga tiga minggu mengikut cara penggunaan yang disyorkan.