Formulasi penuh Charisma Phyto Stemcell, Jus Qasih Sayang


Jus Qasih Sayang sesuai diamalkan golongan wanita.


KECANTIKAN luaran dan dalaman sememangnya menjadi impian dan dambaan golongan wanita masa kini yang mahu tampil menawan serta berkeyakinan setiap masa.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk tujuan tersebut dan satu daripadanya adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan suplemen kesihatan untuk kekal bertenaga.

Menyedari perkara tersebut, syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan tempatan, Almas Beauty and Health (Almas) menawarkan Charisma Phyto Stemcell yang mempunyai pelbagai khasiat, sekali gus membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih ceria dan kekal aktif.

Pengasasnya, Datin Maziah Mohamed berkata, produk tersebut dipercayai mempunyai khasiat yang dapat membantu pengguna menghilangkan jerawat dan jeragat serta membantu membaik pulih sel-sel kulit mati selain menjadikan kulit lebih mulus serta anjal.

“Bukan itu sahaja, kita juga percaya Charisma Phyto Stemcell boleh dimanfaatkan oleh golongan ibu yang sedang menyusukan bayi.

“Ia juga amat sesuai digunakan oleh kaum lelaki seawal usia 12 tahun sebagai suplemen tambahan kesihatan terbaik dengan harga mampu milik,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menyentuh mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan makanan tambahan tersebut, Maziah memberitahu ia diformulasi daripada ekstrak anggur, ekstrak epal, minyak argan, ekstrak tomato dan buah beri yang terbukti memberikan kesan pencerahan seawal dua hingga tiga hari.

Bagaimanapun, pengguna perlu mengamalkan secara konsisten dengan pengambilan satu skup Charisma pada waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur setiap hari.

“Saya sendiri mengamalkan Charisma Phyto Stemcell setiap hari dan semestinya saya akan memastikan ramuan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini adalah yang terbaik.

“Sel stem anggur yang merupakan bahan utama dalam produk ini berfungsi menyuburkan kulit dari dalam seterusnya memberikan hasil yang ketara dalam membantu merawat kulit kusam dan tidak bermaya,” ujarnya.

Jelas Maziah lagi, Charisma dijual pada harga yang amat berpatutan iaitu RM128 sebotol berisi 500 mililiter (ml) berbanding produk pencerahan dan kecantikan lain di pasaran.

Pengguna boleh mendapatkan produk tersebut menerusi lebih daripada 1,500 stokis, pengedar, pemborong dan ejen-ejen-ejen sah Almas di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Almas turut menawarkan satu lagi produk keluarannya yang sesuai diamalkan bersama dengan Charisma Phyto Stemcell iaitu Jus Qasih Sayang yang penuh dengan khasiat, khas untuk golongan wanita di luar sana.

“Ia merupakan produk khusus untuk dalaman wanita terutamanya pada bahagian perut selain sesuai diamalkan bagi mereka yang kerap berasa lesu dan lemah.

“Bagi mereka yang ingin mendapatkan kulit lebih anjal dan tegang, pengambilan berterusan Jus Qasih Sayang amat digalakkan untuk mengekalkan keremajaan dan awet muda,” katanya.

Maziah berkata, produk Jus Qasih Sayang dihasilkan daripada kurma, buah delima, kacip Fatimah, daun sirih, kayu serapat, madu, halia bara dan manjakani.

Ditawarkan pada harga RM39 di Semenanjung Malaysia dan RM43 (Sabah dan Sarawak), ia dilihat cukup berpatutan dan mampu milik berbanding kandungan khasiat yang ditawarkan dalam produk bersaiz 250ml tersebut.

“Pengguna tidak perlu bimbang dan gusar untuk menggunakan produk keluaran Almas kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP),” katanya.