Jenazah Pengasas Sate Kajang Hj Samuri selamat dikebumikan

02/09/2017 12:22pm


Jenazah Samuri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang kira-kira 8.20 pagi tadi.


KUALA LUMPUR - Jenazah Pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk Samuri Juraimi yang meninggal dunia kira-kira 12.05 tengah malam tadi akibat kanser hempedu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang kira-kira 8.20 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Samuri, 73, dibawa ke Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam, Kajang untuk disembahyangkan pada pukul 6.45 pagi.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Ramal Dalam sebelum selamat dikebumikan.

Allahyarham Samuri telah menghidap kanser hempedu tahap empat sejak akhir tahun 2016 dan menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya tengah malam tadi.

- K! ONLINE