Tudung Fathia semakin menampakkan rambut


NETIZEN mengecam tindakan Nur Fathia (kanan) mengenakan tudung yang dikatakan semakin menampakkan rambut.


Susah jadi artis ini, ada sahaja perbuatan mereka yang tidak disenangi netizen. Baru-baru ini, Diva terima sekeping foto pelakon jelita, Nur Fathia daripada seorang sumber.

Menerusi kiriman WhatsApp itu, sumber itu tadi mengatakan tudung yang dipakai Fathia semakin lama semakin menampakkan rambut. Takut lama-kelamaan tudung itu melayang pula, tulis sumber itu lagi.

Nak dijadikan cerita, sumber itu tadi menyuruh Diva melayari Instagram pelakon Tunku Hanis untuk melihat beberapa keping lagi gambar Fathia.

Maka, Diva cubalah tengok-tengok Instagram Tunku Hanis. Ya, memang ada beberapa keping gambar Fathia yang menampakkan rambutnya terkeluar sedikit.

Sumber itu turut memberitahu, ada beberapa netizen yang mengecam tindakan Fathia itu. Seorang netizen menulis secara menyindir, ‘Ya Allah, Fathia ke itu? Kenapa pakai tudung macam itu? Ke dia memang bersedia nak buka tudung. #tanyaje’.

Pada Diva, mungkin Fathia pakai tudung dengan sempurna pada asalnya, namun tidak sedar tudung jenis sifon itu semakin ke belakang dan menampakkan rambutnya.

Kita tunggu sahaja komen Fathia berhubung perkara itu okey.

Diva: Wah! Tahniah Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang akan bertunang pada Oktober ini dan dijangka berkahwin pada tahun depan.