Trulooks Tinted Moisturizer 3 in 1 setaraf produk antarabangsa



Mengenakan solekan dengan mudah dan cepat bukanlah suatu yang boleh dilakukan oleh semua wanita, namun sekiranya mereka memilih produk kosmetik yang tepat, ia mampu membantu mereka untuk melakukannya.

Satu daripada produk berkualiti tinggi keluaran syarikat tempatan, Trulooks Beauty Cosmetic iaitu Trulooks Tinted Mousturizer 3 in 1 menawarkan kelebihan itu kepada pengguna.

Ia merupakan sebuah produk pelembap berwarna dan primer solekan.

Produk berasaskan air (water based) itu juga mudah meresap ke dalam kulit, ringan serta membantu mengawal minyak berlebihan pada wajah.

Pengasas Trulooks, Adibah Abdul Bari berkata, produk dengan tekstur bertona yellow undertone itu mendapat sambutan daripada kalangan pengguna wanita termasuklah jurusolek (MUA) tempatan.

Menurut beliau, antara MUA yang menggunakan produk tersebut termasuklah Ferra Rossa, Fie Rahmat, Haya Rahim, Nuex Rosli, Syedewa, Mimie Zambri dan Tiar Zainal.

Katanya, produk pelembap kulit wajah tersebut mudah untuk digunakan oleh semua wanita, justeru ia sesuai digayakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan bidang solekan.

“Trulooks menggunakan tagline Makeup Start Up kerana ia selari tujuan Tinted Moisturizer 3 in 1 dihasilkan iaitu untuk memastikan mereka yang mementingkan solekan nipis dan semula jadi kekal berseri selepas menggunakan produk berkenaan walaupun tidak mengenakan asas solekan.

“Ia mampu membantu mengekalkan solekan sehingga 12 jam atau lebih, selain memastikan solekan yang digayakan tampak lebih sekata dan tidak bercapuk.


Trulooks Tinted Moisturizer 3 in 1 menjadikan wajah pengguna tampak lebih berseri.


“Formulasi daripada ekstrak delima dan aloe vera membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari serta melindungi kulit pengguna daripada sinaran ultraungu (UV) menerusi kandungan SPF50 di dalamnya,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Adibah berkata, Tinted Moisturizer 3 in 1 itu bebas daripada kimia bahaya serta racun yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada pengguna.

“Oleh itu, ia juga sesuai digunakan sebagai tata rias harian tanpa perlu solekan berlebihan untuk gaya lebih santai dan natural. Kualiti yang dibawa oleh Trulooks adalah setanding dengan produk sepertinya berjenama antarabangsa,” katanya.

Katanya, pengguna boleh membeli produk tersebut yang didatangkan dalam botol bersaiz 30 mililiter pada harga RM92 sahaja.

Menurut beliau, sebelum memasarkan produk tersebut, banyak kajian telah dijalankan pihaknya bagi memastikan kualiti Tinted Moisturizer 3 in 1 berada di paras yang tertinggi demi kepuasan para pengguna.

Selain itu, Adibah memberitahu, Trulooksman Tinted Moisturizer 3 in 1 keluaran syarikatnya pula disasarkan khas kepada pengguna lelaki yang mahu tampil berseri di khalayak ramai.

Tambahnya, produk berkenaan telah menembusi pasaran luar seperti Singapura dan Brunei.