Herra Treatment Foundation miliki kualiti premium


Noorazliza bergambar dengan produk keluaran syarikatnya.


Pemakaian solekan asas bukanlah suatu yang asing lagi terutamanya bagi wanita, namun masalah muka bercapuk, merekah dan berminyak apabila dioles pada wajah menjadi isu utama dalam pemilihan asas solekan yang sesuai.

Pengasas Herra Global Trading, Noorazliza Mohd. Idris berkata, Herra Treatment Foundation tersebut dirumus menggunakan bahan-bahan berkualiti yang dipercayai mampu membantu pengguna mendapatkan kulit wajah lebih sihat dan menawan.

Menurut beliau, antara bahan yang digunakan dalam produk tersebut adalah minyak argan, magnolia stemcell, vitamin C dan E, malah asas solekan berkenaan turut mengandungi SPF30.

“Kami percaya dengan penggunaan material berkenaan, Herra Treatment Foundation boleh membantu pengguna bagi merawat kulit wajah dan menjadikannya lebih sihat, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka apabila berhadapan dengan orang ramai.

“Antara kebaikan yang terdapat padanya adalah ia membantu menegang serta mengurangkan jerawat dan jeragat, mencerahkan kulit, mengurangkan kedutan serta melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV),” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Noorazliza, antara kelebihan produk sapuan rata pada kulit itu juga adalah ia membantu menutup cela pada wajah, selain turut mengandungi serum di dalamnya, menjadikan Herra Treatment Foundation sebuah produk unik.

Katanya, sebotol Herra Treatment Foundation dijual pada harga RM65 sebotol sahaja.

Ujarnya, harga tersebut adalah kompetitif dan mampu milik kerana kualitinya setanding jenama antarabangsa.

“Ia didatangkan dalam botol bersaiz 20 mililiter (ml) dan boleh bertahan sehingga tiga bulan lamanya, bergantungkepada kekerapan penggunaan.


Herra Treatment Foundation menjadikan wajah si pemakai tampak berseri.


“Menariknya, Herra Treatment Foundation juga menjadi pilihan jurusolek tempatan kerana solekan mereka mampu bertahan sehingga 12 jam tanpa capuk dan rekahan pada kulit wajah pelanggan, sekali gus memberi nilai tambah kepada perkhidmatan ditawarkan,” ujarnya.

Menurutnya, produk solekan asas tersebut sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan seawal usia 14 tahun dan didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Light bagi pengguna yang memiliki kulit cerah dan sawo matang serta Natural (sawo matang dan gelap).

Noorazliza berkata, produk berkenaan secara umumnya dijual secara online dari ibu pejabat Herra serta menerusi khidmat pengedar.

“Kami ingin membukan peluang kepada orang ramai yang ingin menjana pendapatan sebagai pengedar Herra dengan modal serendah RM225. Kami juga memberi kelas bimbingan perniagaan serta bahan pemasaran secara percuma,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu, syarikatnya turut menjual tiga lagi produk kecantikan berasaskan bahan semula jadi dan organik iaitu pencuci muka Whitening Pitera Bar, krim pelbagai guna Gojezz Cream dan suplemen kesihatan Gojezz Candy.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 016-773 6940 dan 016-773 6975.