Kehebatan BeauFirme, BeauCollyn keluaran D’Lyzz Skinn


Rangkaian produk keluaran D’Lyzz Skinn mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna.


USIA tua memang tidak dapat dielakkan. Semakin hari manusia akan semakin tua. Bagaimanapun, itu tidak bermakna mereka perlu pasrah dengan takdir dan menerima apa juga seadanya.

Tidak dapat dinafikan, faktor pemakanan menjadi antara punca kepada pelbagai masalah kulit yang berlaku kepada kebanyakan orang pada masa kini.

Namun, melalui perkembangan teknologi terutama dalam bidang penyelidikan dan penghasilan produk suplemen tertentu, proses penuaan itu dapat diperlahankan.

Menyedari keadaan tersebut, syarikat D’Lyzz Skinn menawarkan formula khas kepada orang ramai terutama kaum wanita bagi mendapatkan kulit idaman selain membantu mengawal keseimbangan berat badan.

Pengasasnya, Roslina Sutenan berkata, BeauFirme dihasilkan menerusi formulasi penuh dan kajian klinikal dan merupakan salah satu rangkaian produk keluaran syarikatnya.

“Istimewa, produk yang sudah berada di pasaran selama dua tahun ini bertindak secara baik dalam membantu para wanita untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal yang diidamkan.

“Kita tahu, kebanyakan wanita di negara ini mengalami menapaus lebih awal sebelum usia sepatutnya. Produk ini juga dihasilkan khas buat wanita yang juga mengalami masalah hormon tidak stabil,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Diformulasi daripada bahan-bahan berkhasiat dan terpilih, BeauFirme turut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna di Singapura, Nigeria, Brunei dan bakal memasuki pasaran India dan Indonesia bermula tahun hadapan.

Jelas Roslina, BeauFirme dihasilkan menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi seperti ekstrak strawberi, serbuk raspberi, serbuk oren yang kaya dengan vitamin C, esktrak manjakani, ekstrak serapat, lobata, kolagen dan lain-lain.

“BeauFirme juga ternyata dapat membantu para wanita mencerahkan kulit muka dan badan secara semula jadi selain berperanan membantu mengurangkan masalah pigmentasi, jerawat dan jeragat pada wajah.

“Ia juga amat sesuai digunakan buat wanita yang baru melahirkan anak serta mengalami masalah selulit dan kesan rekahan pada kulit,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Roslina berkata, pihaknya juga menawarkan BeauCollyn yang sesuai diambil untuk golongan lelaki yang mana bahan digunakan kebanyakan sama dengan BeauFirme kecuali serapat dan manjakani.


Roslina dan Duta D’Lyzz Skinn, Nazmi Nordin menunjukkan rangkaian produk yang ditawarkan kepada pelanggan.


“BeauCollyn dirumus bagi penjagaan kulit secara semula jadi tanpa perlu suntikan mahupun krim sapuan pada wajah. Ia membuatkan kulit lebih anjal dan tegang, meremajakan dan melembapkan kulit, menjaga kesihatan tulang dan sendi selain menguatkan rambut serta kuku.

“Didatangkan dengan botol dan isi kandungan seberat 520 gram, BeauFirme dijual pada harga RM110 (Semenanjung) dan RM118 (Sabah dan Sarawak) manakala BeauCollyn pula dijual pada harga RM78 (Semenanjung Malaysia) dan RM83 (Sabah dan Sarawak),” katanya.

Jelasnya lagi, pengguna tidak perlu was-was dan bimbang untuk mendapatkan serta menggunakan rangkaian produk keluaran D’Lyzz Skinn kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Selain BeauFirme dan BeauCollyn, dua produk lain yang mendapat sambutan tinggi pengguna ialah jus pati As Syifaie yang dirumus khas daripada tujuh makanan sunah seperti habbatus sauda, kurma, kismis, delima, zaitun, safron, madu dan air zam-zam yang sesuai diamalkan oleh semua golongan lelaki dan wanita untuk kesihatan tambahan selain produk Age Proof Serum Gold yang baik untuk kulit.

Sehingga kini, D’Lyzz Skinn mempunyai lebih daripada 100 ejen dan pengedar di seluruh Malaysia.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen atau pengedar, boleh menghubungi talian 018-3539 655.