Yang di-Pertuan Agong berkenan beri penghormatan terakhir

12/09/2017 1:39pm


Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Balai Penghadapan Baru Istana Anak Bukit di sini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Balai Penghadapan Baru Istana Anak Bukit di sini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sultan Muhammad V tiba di balai tersebut pada pukul 12.40 tengah hari ini dengan diiringi Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani.

Antara yang berangkat hadir pada istiadat itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz. - K! ONLINE