Siti Kasim, David didakwa hina Islam


MOHAMAD HAZMI (depan empat, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Siti Kasim dan David di IPD Kuantan semalam atas dakwaan mengeluarkan kenyataan jelik tentang ibadah korban di laman sosial.


KUANTAN – Sebanyak tujuh laporan polis dibuat terhadap peguam aktivis, Siti Zabedah Kassim dan seorang pemimpin Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, David Orok kerana didakwa menghina Islam dengan mengeluarkan kenyataan jelik tentang ibadah korban.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Mohamad Hazmi Dibok berkata, laporan itu dibuat oleh beliau sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pagi semalam.

Katanya, tindakan sama turut dilakukan oleh Pas Kawasan Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Maran dan Kuala Krau di IPD Kuantan.

“Pada 1 dan 10 September lalu, Siti Zabedah menerusi akaun Facebook dipercayai miliknya telah memuat naik satu kenyataan yang menyimpang dan menyesatkan mengenai ibadah korban.

“Malah pada 5 September lalu, satu lagi kenyataan yang mengelirukan turut dimuat naik oleh David,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di sini semalam.

Dia mendakwa, kenyataan yang dimuat naik Siti Zabedah atau dikenali sebagai Siti Kasim itu adalah satu penyelewangan fakta kerana menafikan perintah Allah dan ia merupakan tindakan melampau yang boleh menyinggung serta membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.