Guan Eng hina SPRM, UMNO Pulau Pinang buat laporan polis

13/09/2017 5:19pm


Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis hari ini.


GEORGE TOWN - Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap penahanan exco negeri, Phee Boon Poh pada 11 Ogos lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sebagai haram.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, Guan Eng telah menyatakan penahanan tersebut adalah haram secara terbuka pada sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), 24 Ogos lalu.

Sementara itu, Rafizal berkata, polis perlu menyiasat kenyataan berbaur hasutan dari Guan Eng dan segera mendakwanya selepas bukti telah cukup. - K! ONLINE