Pertemuan bersejarah Najib-Trump

TRUMP menyambut ketibaan Najib di White House, Washington D.C. untuk mengadakan perbincangan dua hala semalam.


WASHINGTON D.C. – Pertemuan Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di White House dalam satu perjumpaan yang bakal membuka lembaran baharu selepas 60 tahun Amerika Syarikat (AS) menjalinkan hubungan dua hala dengan Malaysia.

Trump menyambut mesra Najib sejurus beliau tiba untuk menghadiri pertemuan empat mata di White House yang terletak di Pennsylvania Avenue.

Ia juga merupakan lawatan pertama pemimpin Malaysia itu ke pejabat dan kediaman rasmi Presiden AS.

Perbincangan dengan Trump adalah kemuncak lawatan kerja Najib ke AS atas jemputan Presiden ke-45 negara itu yang mula berkhidmat sejak 20 Januari tahun ini.

Dalam pertemuan selama sejam itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempu­nyai tiga cadangan khusus bagi mengukuhkan hubungan dan kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.