Malaysia jadi negara tua menjelang 2030


AZIZAH (kiri) bersalaman dengan peserta pada Seminar On Successful Ageing 2017 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR Malaysia bakal menjadi sebuah negara tua dalam tempoh 13 tahun lagi apabila menyaksikan jumlah warga emas meningkat kepada 5.8 juta orang iaitu kenaikan hampir dua kali ganda berbanding sekarang seramai 3.1 juta.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, jumlah warga emas bakal meliputi hampir 15.3 peratus daripada keseluruhan populasi penduduk negara ini.

Beliau berkata, golongan tersebut perlu menjadi kelompok yang mampan agar mampu menghadapi segala cabaran pada masa akan datang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.