Duit jual lembu hangus terbakar


NIK FATIMAH termenung melihat rumahnya yang musnah terbakar di Kampung Jejuluk Haji Senik, Tumpat semalam.


TUMPAT Dua beranak bukan sahaja tinggal sehelai sepinggang, malah wang simpanan mereka berjumlah RM25,000 turut hangus dalam kebakaran di Kampung Jejuluk Haji Senik di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, wang simpanan serta hasil jualan lembu korban pada Hari Raya Aidiladha lalu sebanyak RM10,600 milik Nik Fatimah Daud, 67, yang disimpan di bawah bantal gagal diselamatkan.

Selain itu, wang bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM14,400 yang disimpan dalam botol plastik sejak empat tahun lalu oleh bapa Nik Fatimah, Daud Abdul Rahman, 91, turut hangus.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.