Tiga terbunuh ke tempat kerja


ANGGOTA bomba dan pasukan perubatan mengangkat seorang mangsa yang parah dalam kemalangan melibatkan Toyota Hilux dengan sebuah lori kargo di Jalan Bintulu-Tatau semalam.


BINTULU Tiga termasuk dua warga China terbunuh manakala seorang lagi cedera parah selepas pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori kargo dalam kejadian di Jalan Bintulu-Tatau di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Mangsa yang maut ialah dua warga China, Zhao Shuguang, 51, dan Hao Ping, 44, serta warga tempatan, Kong Tze Hua, 57, manakala mangsa yang cedera dikenali sebagai Tan Dingping, 43.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.