DIKEMASKINI: Lebih 20 terkorban, pusat tahfiz terbakar

14/09/2017 9:12am


Keadaan bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyah yang terbakar pada tingkat atas awal pagi tadi.


KUALA LUMPUR - Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, pukul 5.10 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran tersebut dipercayai bermula dari tingkat atas bangunan dua tingkat tersebut.

Menurut bomba, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal dan mereka kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut. - K! ONLINE